ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004
BAHAGIAN XI - AM
Seksyen 111. Kuasa am untuk membuat peraturan-peraturan.
(1) Majlis boleh, dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan, membuat peraturan-peraturan yang hendaklah disiarkan dalam Warta bagi melaksanakan peruntukan-peruntukan Enakmen ini.
(2) Tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan di bawah subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat dengan mengadakan peruntukan bagi
--
(a)
tatacara Majlis, bentuk dan cara penyempurnaan surat cara oleh Majlis, dan pelantikan pegawai-pegawai Majlis;
(b)
fi yang kena dibayar berkenaan dengan apa-apa tindakan atau perkara yang dilakukan di bawah atau menurut Enakmen ini, dan cara memungut dan melupuskan fit itu;
(c)
pelantikan jawatankuasa-jawatankuasa Majlis dan kuasa, kewajipan dan tatacaranya;
(d)
borang, daftar, buku akaun, laporan, akaun, anggaran dan dokumen lain yang hendak digunakan berkenaan dengan apa-apa tindakan atau perkara yang dilakukan di bawah atau menurut Enakmen ini;
(e)
pengelolaan apa-apa pungutan khairat dan pelupusan hasilnya;
(f)
pengelolaan mana-mana masjid atau surau atau tanah perkuburan dan semua perkara yang berhubungan dengannya;
(g)
kuasa dan kewajipan mana-mana Pegawai Masjid;
(h)
penentuan dan pindaan sempadan kariah masjid;
(i)
penjagaan dan pengajaran bagi muallaf, dan kaedah untuk mendaftarkan muallaf;
(j)
tertakluk kepada Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1996, pentadbiran sekolah-sekolah agama Islam dan aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran agama Islam; dan
(k)
perkara-perkara lain yang perlu bagi maksud melaksanakan peruntukan-peruntukan Enakmen ini.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.