ORDINAN 45 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA JENAYAH SYARIAH, 2001

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran.

(1) Dalarn Ordinan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

"aduan" ertinya pengataan yang dibuat secara lisan atau bertulis kepada Hakim Syarie bahawa seseorang sama ada diketahui atau tak diketahui telah melakukan atau bersalah atas suatu kesalahan, dengan tujuan supaya tindakan diambil oleh Hakim Syarie itu di bawah Ordinan ini;

"Hakim" atau "Hakim Syarie" ertinya Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rendah Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dilantik di bawah seksyen 5(1), 6(1) atau 8(1) Ordinan Mahkarnah Syariah, 2001 [Bab 42];

"kesalahan" ertinya apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dijadikan boleh dihukum oleh mana-mana undang-undang bertulis yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam dan yang ke atasnya Mahkamah mempunyai bidang kuasa;

"kesalahan boleh tangkap" ertinya sesuatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh satu tahun atau lebih yang baginya Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis boleh pada lazimnya menangkap tanpa waran;

"kesalahan tak boleh tangkap" ertinya sesuatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh kurang daripada satu tahun atau dengan denda sahaja yang baginya Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis tidak boleh pada lazimnya menangkap tanpa waran;

"Ketua Hakim Syarie" ertinya Ketua Hakim Syarie yang dilantik di bawah seksyen 4(1) Ordinan Mahkamah Syariah, 2001 [Bab 42];

"Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama" dan "Pegawai Penguatkuasa Agama" masing-masingnya mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Ordinan Mahkamah Syariah, 2001 [Bab 42];

"Mahkamah" atau "Mahkamah Syariah" ertinya Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rendah Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dibentuk di bawah seksyen 3 Ordinan Mahkamah Syariah, 2001 [Bab 42];

"Majlis" ertinya Majlis Islam Sarawak yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Ordinan Majlis Islam Sarawak, 2001 [Bab 41];

"Negeri" ertinya Negeri Sarawak;

"pegawai masjid" ertinya Imam, Khatib, Bilal dan Marbot sesuatu masjid pada ketika itu seperti yang diberikan kepadanya dalam Ordinan Majlis Islam Sarawak, 2001 [Bab 41];

"Peguam Syarie" ertinya seseorang yang diterima masuk sebagai Peguam Syarie di bawah seksyen 28 Ordinan Mahkamah Syariah, 2001 [Bab 42];

"'Pendaftar" ertinya Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah, Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, atau Penolong-Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dilantik di bawah Ordinan Mahkamah Syariah, 2001 [Bab 42];

"Pendakwa" ertinya Ketua Pendakwa Syarie atau Pendakwa Syarie yang dilantik di bawah seksyen 26 Ordinan Mahkamah Syariah 2001 [Bab 42];

''pesalah muda" ertinya seseorang pesalah yang berumur lebih daripada sepuluh tahun dan kurang daripada enam belas tahun;

"saksi" tidaklah termasuk seseorang tertuduh.

(2) Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Ordinan ini dan tidak ditakrifkan dalam Ordinan ini tetapi ditakrifkan dalam Ordinan Majlis Islam Sarawak, 2001 [Bab 41], Ordinan Mahkamah Syariah, 2001 [Bab 42], atau mana-mana undang-undang bertulis lain hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya masing-masing dalam Ordinan-Ordinan atau undang-undang bertulis ini setakat yang ertinya itu tidak bercanggah dengan Undang-Undang Islam.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.