ENAKMEN 2 TAHUN 1985
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 1985

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Relif-relif Lain



Seksyen 107. Tegahan terhadap gangguan.

(1) Mahkamah adalah berkuasa dalam masa perbicaraan hal-ehwal suami-isteri masih belum selesai atau pada selepas pemberian sesuatu perintah perceraian, fasakh, atau pembatalan, memerintahkan seseorang menahan dirinya dari mengganggui atau menceroboh dengan apa-apa cara pun ke atas suami atau isteri atau bekas suami atau bekas isterinya.

(2) Kemungkiran mematuhi sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dikenakan hukuman sebagai suatu penghinaan terhadap Mahkamah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.