ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN XXV - TUNTUTAN SEWA (DISTRES)



Seksyen 191. Kuasa bailif.

(1) Apabila melaksanakan waran tuntutan sewa mengenai harta yang tertakluk kepadanya dan tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis, bailif hendaklah mempunyai hak, kuasa dan tugas sama seperti yang dipunyainya semasa menjalankan perintah perlaksanaan:

Dengan syarat bahawa seksyen ini tidak boleh menyentuh apa-apa soal keutamaan:

Dengan syarat selanjutnya bahawa dalam mana-mana penjualan di bawah suatu waran tuntutan sewa, bailif tidak boleh menjual harta lebih daripada yang diperlukan untuk memenuhi tuntutan sewa dan semua perbelanjaan tanpa mengambil kira mana-mana perintah perlaksanaan yang mungkin ada dalam tangannya.

(2) Bailif boleh selepas penjualan di bawah perintah itu melepaskan mana-mana harta yang tertakluk kepadanya yang sepatutnya dilepaskan, atau hasil penjualan mana-mana harta tersebut yang sepatutnya dibayar kepada penghutang penghakiman.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.