ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004
BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH
Seksyen 51. Bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah.
(1) Suatu Mahkamah Rendah Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa di seluruh Negeri Perak Darul Ridzuan dan hendaklah diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah.
(2) Mahkamah Rendah Syariah hendaklah
--
(a)
dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang Islam di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Perak) 2004 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang baginya hukuman maksimum yang diperuntukkan oleh Enakmen atau undang-undang bertulis lain itu tidak melebihi tiga ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh dua tahun atau kedua-duanya, dan boleh mengenakan mana-mana hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu; dan
(b)
dalam bidang kuasa
mal
nya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang Mahkamah Tinggi Syariah diberi kuasa untuk mendengar dan memutuskannya, jika amaun atau nilai hal perkara yang dipertikaikan itu tidak melebihi seratus ribu ringgit atau tidak dapat dianggarkan dengan wang (tidak termasuk tuntutan
hadhanah
atau harta sepencarian).
(3) Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta
memperluas bidang kuasa mal Mahkamah Rendah Syariah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.