ENAKMEN 5 TAHUN 2003
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SELANGOR) 2003
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 3 - PEMERIKSAAN SAKSI
Seksyen 97. Bila soalan memimpin boleh ditanya.
(1) Soalan memimpin boleh ditanya dalam pemeriksaan balas, tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut:
(a)
soalan itu tidak boleh mengandungi perkataan yang saksi itu dikehendaki memperkatakan balik; dan
(b)
soalan itu tidak boleh menganggap fakta yang belum terbukti telah terbukti atau menganggap bahawa jawapan tertentu telah diberikan berlawanan dengan fakta itu.
(2) Mahkamah oleh, menurut budi bicaranya, melarang soalan memimpin daripada dikemukakan kepada saksi yang menunjukkan kecenderungan yang kuat atau berat sebelah memihak kepada pihak yang memeriksa balas.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.