(a) bailif hendaklah menyita barang itu dan setelah dibayar semua perbelanjaan yang kena dibayar, hendaklah menghantarserahkan barang itu kepada pemiutang penghakiman;
(b) perintah pelaksanaan itu boleh, jika pemiutang penghakiman berhasrat sedemikian, memerintahkan bahawa jika barang itu tidak ditemui, nilai barang itu, seperti yang terdapat dalam penghakiman asal itu atau atas permohonan yang kemudian kepada Mahkamah, hendaklah dilevikan;
(c) perintah di bawah perenggan (b) tidak menghalang prosiding untuk pengkomitan.