ENAKMEN 16 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI JOHOR) 2003

BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 60. Pendaftar-Pendaftar.

(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan, di atas nasihat Ketua Hakim Syarie, boleh melantik daripada kalangan anggota perkhidmatan Pegawai-Pegawai Syariah Negeri Johor sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah.

(2) Ketua Pendaftar selepas berunding dengan Ketua Hakim Syarie, boleh melantik daripada kalangan anggota perkhidmatan Pegawai-Pegawai Syariah Negeri Johor sebagai Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah dan Penolong-Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.