ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN III - BAITUL-MAL, ZAKAT DAN FITRAH DAN WAKAF
WAKAF



Seksyen 50. Menceroboh wakaf.

(1) Seseorang yang menceroboh atau dengan secara haram menduduki sesuatu maukuf atau mengambil sebarang hasil maukuf itu, adalah melakukan satu kesalahan di bawah Enakmen ini, dan jika sabit kesalahannya bolehlah didenda sebanyak tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau dipenjara selama tidak lebih daripada enam bulan, atau kedua-duanya sekali.

(2) Semua bayaran dan denda yang dipungut atau dikenakan di bawah Enakmen ini atau di bawah kaedah-kaedah yang diperbuat di bawah Enakmen ini hendaklah dibayar kepada Bendahari Kerajaan, Negeri Johor.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.