ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN XII - ACARA AM



Seksyen 232. Perlindungan Anggota Majlis dan kakitangannya.


(1) Tidak seorang pun daripada anggota Majlis akan ditanggungkan dengan apa-apa kerugian yang berbangkit daripada atau bergantung kepada sesuatu penanaman modal yang dibuat mengikut peruntukan-peruntukan Enakmen ini, atau sesuatu kegagalan memungut atau mendapatkan sebarang wang atau harta benda bagi Majlis, melainkan kerugian itu telah berlaku disebabkan kecuaiannya dengan sengaja atau tipuannya.

(2) Mana-mana anggota Majlis, dan mana-mana kakitangannya, wakilnya atau orang yang bertindak di atas kuasa Majlis akan di beri gantirugi oleh Majlis terhadap apa-apa tindakan atau pembicaraan untuk atau yang berkaitan dengan apa-apa perbuatan, perkara atau benda yang dibuat atau ketinggalan tidak dibuat dengan kejujurannya dalam menggunakan atau menyangka menggunakan sesuatu hak atau Majlis atau anggotanya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.