ENAKMEN 9 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL SYARIAH 1993

BAHAGIAN III - PIHAK-PIHAK



Seksyen 7. Definasi.

(1) Di dalam Bahagian ini "plaintif" termasuklah pemohon dan "defendan" termasuklah pihak menentang dan "menuntut" dan "membela" hendaklah ditafsirkan sewajarnya.

(2) Semua orang boleh bercantum sebagai plaintif atau defendan dalam suatu tindakan dalam atau terhadap mana-mana hak untuk relif berkenaan dengan atau timbul daripada urusan yang sama atau urusan bersiri yang dikatakan wujud, sama ada bersama, berasingan atau beralternatif di mana jika tindakan berasingan dikemukakan, apa-apa persoalan undang-undang atau fakta yang sama mungkin berbangkit:

Dengan syarat jika pada pendapat Mahkamah bahawa mana-mana cantuman boleh menyusahkan defendan atau melengahkan perbicaraan atau tidak menyenangkan Mahkamah boleh sama ada atas permohonan defendan atau atas usulnya sendiri, memerintahkan perbicaraan berasingan atau membuat apa-apa perintah lain yang ia fikir patut.

(3) Hukuman boleh diberi tanpa apa-apa pindaan untuk mana-mana plaintif untuk relif yang ia berhak atau terhadap satu atau lebih defendan sebagaimana yang boleh didapati bertanggungjawab mengikut tanggungan mereka masing-masing.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.