ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN



Seksyen 6. Kuasa dan kewajipan Majlis.

(1) Majlis mempunyai kuasa bertindak sebagai wasi atas sesuatu wasiat atau pentadbir harta simati atau sebagai pemegang amanah mana-mana amanah.

(2) Majlis boleh membuat kontrek dan boleh memperolehi, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta takalih daripada segala jenis dan tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis yang bersabitan dengannya, boleh memindahmilik, menyerahak, memindahhak semula, menyerah, mencagar, mendemis, menggadai janji, menyerahhak semula, memindahhak atau sebaliknya melepaskan atau memperniagakan mana-mana harta alih dan harta takalih yang terletakhak pada Majlis di atas apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Majlis menurut Hukum Syarak.

(3) Majlis boleh menubuh, mengurus dan mengawal rumah-rumah kebajikan untuk anak yatim dan lain-lain yang seumpamanya.

(4) Majlis hendaklah berkewajipan di atas segala titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan mengambil apa-apa langkah untuk meninggikan Agama Islam di Negeri ini dan bagi maksud itu, Majlis bolehlah merancang dan melaksanakan apa-apa kegiatan mengenainya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.