ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA-KUASA MEREKA MENYIASAT
BAB VI - MAKLUMAT KEPADA PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA-KUASA MEREKA MENYIASAT



Seksyen 56. Kuasa menghendaki kehadiran saksi.

(1) Seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama yang membuat penyiasatan di bawah Bab ini boleh dengan perintah bertulis menghendaki kehadiran di hadapannya mana-mana orang yang berada di dalam Negeri Sabah yang daripada maklumat yang diberi atau dengan jalan lain yang ternyata mengetahui akan keadaan kes itu, dan orang itu hendaklah dengan yang demikian hadir sebagaimana dikehendaki.

(2) Jika mana-mana orang yang tersebut enggan hadir sebagaimana dikehendaki demikian itu, Pegawai Penguatkuasa Agama itu boleh melaporkan keengganan itu kepada seorang Hakim dan kemudiannya Hakim itu boleh menurut budibicaranya mengeluarkan sesuatu waran tangkap untuk menghendaki kehadiran orang itu sebagaimana dikehendaki oleh perintah yang tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.