ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB IV
Waran Tangkap



Seksyen 34. Waran kepada siapa diserahkan.

(1) Satu waran tangkap hendaklah biasanya diarahkan kepada Pegawai Penguatkuasa Agama dan lain-lain pegawai, dan mana-mana pegawai boleh melaksanakan waran tersebut di mana-mana tempat di dalam Negeri Sarawak.

(2) Mahkamah yang mengeluarkan waran tangkap boleh mengarahkan kepada Pesuruhjaya Polis Sarawak dan lain-lain Pegawai Polis di dalam Negeri Sarawak atau mana-mana orang yang dinamakan yang bukan Pegawai Penguatkuasa Agama, Pegawai Polis dan semua atau mana-mana orang atau lebih dari seorang bolehlah melaksanakan waran tersebut.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.