ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN XX - PROSIDING INTERLOKUTORI DAN PERINTAH INTERIM
BAB 1 - PROSIDING INTERLOKUTORI



Seksyen 189. Penyampaian permohonan

Apa-apa permohonan yang hanya meminta supaya apa-apa tempoh masa dilanjutkan atau dipendekkan boleh disampaikan pada hari sebelum hari yang dinyatakan bagi pendengarannya tetapi, kecuali sebagaimana yang disebut terdahulu dan melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah atau diperuntukkan selainnya dalam Enakmen ini, sesuatu permohonan hendaklah disampaikan kepada setiap pihak lain tidak kurang daripada dua hari genap sebelum hari yang dinyatakan sedemikian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.