ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991

BAHAGIAN XIX - PERLAKSANAAN



Seksyen 156. Penggantungan perlaksanaan.

Mahkamah boleh atas sebab-sebab yang mencukupi menggantungkan perintah perlaksanaan pada mana-mana peringkat dan boleh mengenakan syarat-syarat mengenai pembayaran dalam Mahkamah cagaran atau selainnya sebagaimana yang difikirkan patut, dan boleh selepas itu memerintahkan supaya mana-mana harta yang disita atau ditahan dilepaskan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.