ENAKMEN 9 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL SYARIAH 1993

BAHAGIAN VI - PENYAMPAIAN



Seksyen 43. Penyampaian ganti.

(1) Apabila Mahkamah berpuashati sesuatu pihak yang tidak memberi alamat untuk penyampaian, adalah pada tarikh saman atau mana-mana dokumen lain hendak disampaikan, berada di dalam Sabah dan ada sebab bagi mempercayai bahawa orang itu sentiasa mengelakkan diri dari penyampaian disempurnakan ke atasnya, atau atas apa-apa alasan yang mencukupi bahawa saman atau dokumen lain itu tidak boleh disampaikan secara biasa, Mahkamah boleh memerintahkan saman atau dokumen itu disampaikan dengan cara menampalkan salinannya di tempat-tempat yang boleh menarik perhatian di bangunan Mahkamah dan juga di bangunan di mana orang itu dipercayai pernah tinggal atau dengan secara yang lain yang difikirkan patut oleh Mahkamah.

(2) Mahkamah juga boleh dalam mana-mana kes yang tergulung di dalam subseksyen (1) membuat perintah supaya penyampaian dibuat secara iklan dalam akhbar tempatan atau akhbar-akhbar seperti mana yang difikirkan patut oleh Mahkamah.

(3) Penyampaian ganti hendaklah mempunyai kesan yang sama seperti penyampaian pada diri orang itu sendiri.

(4) Di dalam kes penyampaian ganti ini, Mahkamah apabila perlu, hendaklah menetapkan masa bagi pihak kena serah itu untuk hadir dalam Mahkamah.

(5) Perintah untuk penyampaian ganti tidak boleh dibuat berkenaan dengan -




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.