ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VI - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 2 - RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 152. Bidangkuasa Mahkamah Rayuan Syariah.

(1) Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mempunyai bidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan apa-apa rayuan oleh mana-mana orang yang telah disabitkan atau sebaliknya didapati bersalah atau oleh Ketua Pendakwa Syarie terhadap mana-mana keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah dalam menjalankan bidangkuasa jenayah asalnya tertakluk kepada Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain yang mengawalselia terma-terma dan syarat-syarat di mana rayuan-rayuan jenayah boleh dibawa.

(2) Jika orang tertuduh mengaku salah dan disabitkan di atas akuan itu, dia tidak boleh merayu kecuali tentang kadar atau keesahan hukuman itu.

(3) Notis mengenai apa-apa rayuan oleh Ketua Pendakwa Syarie hendaklah diberi oleh, atau dengan izin bertulis pegawai itu sahaja.

(4) Rayuan boleh dikemukakan untuk menentukan persoalan fakta atau persoalan undang-undang atau persoalan bersama fakta dan undang-undang.

(5) Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah juga mempunyai bidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan perkara-perkara yang dibawa di hadapannya mengikut seksyen 166 atau 167.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.