ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN X - BAYARAN KEPADA MAHKAMAH



Seksyen 66. Bayaran keluar.

Tertakluk kepada seksyen 18 dan seksyen-seksyen 70 dan 71, di mana bayaran masuk adalah sama dengan amaun yang di tuntut atau plaintif memilih menerimanya sebagai penjelasan kepada semua atau mana-mana bahagian tuntutannya, amaun itu hendaklah dibayar keluar kepadanya, dan ia boleh mendapat penghakiman bagi semua kos yang sebenar dibelanjakan sebelum menerima notis bayaran masuk itu, dan kos mendapat penghakiman bagi kos tersebut, melainkan dibayar tanpa perintah. Jika penjelasan itu adalah mengenai sebahagian dari tuntutannya, plaintif boleh meneruskan bahagian yang lain tuntutan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.