ENAKMEN 11 TAHUN 1988
ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA BUKAN ISLAM 1988

BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 7. Kesalahan menghantar atau menyerahkan terbitan-terbitan mengenai apa-apa agama bukan Islam kepada orang Islam.

(1) Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia dari dalam negeri, menghantar atau menyerahkan atau menyebabkan dihantar atau diserahkan kepada seorang lain yang beragama Islam di dalam atau di luar negeri, apa-apa terbitan mengenai apa-apa agama bukan Islam, atau apa-apa bahan iklan bagi mana-mana terbitan, yang tidak diminta oleh orang lain itu sendiri.

(2) Mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen-kecil (1) apabila disabitkan, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, dan bagi kesalahan kedua atau kesalahan yang berikutnya, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak melebihi empat tahun.

(3) Bagi maksud-maksud seksyen-kecil (1), sesuatu terbitan atau bahan publisiti yang dihantar atau diserahkan kepada atau di alamat seseorang hendaklah dianggap sebagai diserahkan kepada orang itu.

(4) Adalah menjadi suatu pembelaan terhadap pertuduhan di bawah seksyen-kecil (1) bahawa orang yang dituduh itu mempunyai sebab untuk mempercayai, dan sebenarnya mempercayai, bahawa orang yang kepadanya terbitan atau bahan publisiti yang berkenaan itu dihantar atau diserahkan bukan orang Islam.

(5) Adalah tidak menjadi suatu pembelaan terhadap pertuduhan di bawah seksyen-kecil (1) bahawa orang yang kepadanya terbitan atau bahan publisiti yang berkenaan itu dihantar atau diserahkan telah membuat permintaan bagi mendapatkannya jika permintaan itu telah didorong oleh orang yang dituduh itu atau oleh mana-mana orang yang bertindak bagi pihak orang yang dituduh itu.

(6) Seksyen-kecil (1) tidak dipakai-





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.