ENAKMEN 3 TAHUN 2002
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM (MELAKA) 2002

BAHAGIAN II - PENDAFTAR,TIMBALAN PENDAFTAR,DLL.



Seksyen 4. Kuasa, fungsi dan kewajipan Pendaftar.

(1) Pendaftar hendaklah, tertakluk kepada arahan dan kawalan Pengarah, melaksanakan fungsi dan kewajipan yang dikenakan ke atasnya dan menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya di bawah Enakmen ini yang hendaklah termasuk yang berikut:
(2) Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar yang dilantik di bawah seksyen 3 adalah di bawah arahan dan kawalan Pendaftar.

(3) Pendaftar boleh mewakilkan kepada Timbalan Pendaftar mana-mana kuasa, fungsi atau kewajipannya di bawah Enakmen ini, dan apabila diwakilkan sedemikian kuasa, fungsi atau kewajipan itu hendaklah dijalankan atau dilaksanakan oleh Timbalan Pendaftar di bawah kawalan dan tertakluk kepada apa-apa arahan dan sekatan yang ditentukan oleh Pendaftar.

(4) Sesuatu perwakilan di bawah subseksyen (3) boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh Pendaftar dan tidaklah menghalang Pendaftar daripada menjalankan sendiri kuasa, fungsi atau kewajipan yang diwakilkan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.