ENAKMEN 7 TAHUN 1999
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SELANGOR) 1999
BAHAGIAN II - PEWUJUDAN WAKAF
Seksyen 9. Wakaf irsod, muabbad, musyak atau musytarak.
(1) Seorang waqif boleh mewujudkan wakaf irsod, muabbad, musyak atau musytarak terhadap keseluruhan, atau sebahagian daripada harta.
(2) Bagi maksud seksyen ini-
(a)
"wakaf irsod" ertinya sesuatu tanah yang diwakafkan oleh mana-mana perbadanan, institusi, pertubuhan atau badan-badan lain menurut Hukum Syarak;
(b)
"wakaf muabbad" ertinya wakaf yang berkekalan;
(c)
"wakaf musyak" ertinya mewakafkan apa-apa hak ke atas mana-mana harta yang dimiliki bersama yang tidak boleh dipecah bahagikan; dan
(d)
"wakaf musytarak" ertinya penyatuan beberapa wakaf termasuklah wakaf yang diwujudkan melalui istibdal dan saham wakaf.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.