ENAKMEN 7 TAHUN 1983
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM NEGERI SEMBILAN 1983

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran.

(1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang berlainan-

"anak dara" ertinya seorang perempuan yang belum pernah bersetubuh, sama ada sudah berkahwin atau belum;

"balu" ertinya perempuan yang suaminya telah mati;

"bermastautin" ertinya "bulan qamariah atau tahun qamariah" ertinya "bulan atau tahun hijrah" dan tinggal tetap pada kelazimannya tinggal dalam sesuatu kawasan yang tertentu;

"darar syar'i " ertinya bahaya yang menyentuh isteri mengenai agama, nyawa, tubuh badan, akal fikiran, atau hartabenda mengikut kebiasaan yang diakui oleh Hukum Syara';

"duda" ertinya lelaki yang isterinya telah mati;

"Undang-undang Pentadbiran" ertinya Undang-undang Pentadbiran Hukum Syara' 1960 [15/60];

"fasakh" ertinya pembubaran nikah disebabkan oleh sesuatu hal keadaan yang diharuskan oleh Hukum Syara' mengikut seksyen 52;

"Hakim Syar'iah" ertinya seorang Kadi yang dilantik di bawah seksyen 39 Undang-undang Pentadbiran, dan termasuk Kadi Besar;

"Hukum Syara"' ertinya hukum yang diterima oleh mazhab Syafie, Hanafi, Maliki dan Hambali, mengikut seksyen 38 Undang-undang Pentadbiran;

"harta sepencarian" ertinya harta yang diperolehi bersama oleh suami-isteri, sama ada secara langsung atau tidak langsung semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara';".

"janda" ertinya perempuan yang telah bernikah dan diceraikan setelah bersetubuh;

"kariah" berhubungan dengan sesuatu masjid, ertinya kawasan, yang sempadannya ditetapkan di bawah seksyen 109 Undang-undang Pentadbiran, dalam mana masjid itu terletak;

"Ketua Pendaftar" ertinya seorang Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam yang dilantik di bawah seksyen 28;

"Kitabiyah" ertinya----
"Mahkamah" ertinya Mahkamah Kadi atau Kadi Besar, mengikut mana yang berkenaan, yang ditubuhkan di bawah seksyen 40 Undang-undang Pentadbiran;

"Majlis" ertinya Majlis Ugama Islam, Negeri Sembilan, yang ditubuhkan di bawah seksyen 4 Undang-undang Pentadbiran;

"mas kahwin" ertinya pembayaran kahwin yang wajib dibayar di bawah Hukum Syara' oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang, menurut Hukum Syara', dapat dinilai dengan wang;

"mut'ah" ertinya bayaran saguhati yang diberi dari segi Hukum Syara' kepada isteri yang diceraikan;

"nasab" ertinya keturunan yang berasaskan pertalian darah yang sah;

"Pendaftar" ertinya seorang Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam yang dilantik di bawah seksyen 28, dan termasuk Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar;

"persetubuhan syubhah" ertinya persetubuhan yang dilakukan di atas anggapan sah akad nikah akan tetapi sebenarnya akad itu tidak sah (fasid);

"ruju"' ertinya perkembalian kepada nikah yang asal;

"sesusuan" ertinya penyusuan bayi dengan perempuan yang bukan ibu kandungnya sekurang-kurangnya sebanyak lima kali yang mengenyangkan dalam masa umurnya dua tahun ke bawah;

"ta'liq" ertinya lafaz perjanjian yang dibuat oleh suami selepas akad nikah mengikut Hukum Syara' dan peruntukan Enakmen ini;

"taksah taraf" berhubungan dengan seseorang anak, ertinya dilahirkan di luar nikah dan bukan anak dari persetubuhan syubhah;

"tarikh yang ditetapkan" ertinya tarikh yang ditetapkan di bawah seksyen 1 (2) untuk mula berkuatkuasanya Enakmen ini;

"thayyib" ertinya perempuan yang pernah bersetubuh;

"wali Raja" ertinya wali yang ditauliahkan oleh Yang di-Pertuan Besar dan Undang Yang Empat serta Tengku Besar Tampin untuk Luak masing-masing untuk mengahwinkan perempuan yang tidak mempunyai wali dari nasab.

(2) Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini dan yang tidak ditakrifkan di dalamnya tetapi ditakrifkan dalam Ordinan Tafsiran dan Fasal-fasal Am, 1948, hendaklah mempunyai erti yang diberi kepadanya masing-masing setakat erti sedemikian tidak bercanggah dengan Hukum Syara'.

(3) Bagi mengelakkan keraguan tentang identiti atau pentafsiran perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini yang disenaraikan dalam Jadual, rujukan bolehlah dibuat kepada bentuk skrip bahasa Arab bagi perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan itu yang ditunjukkan bertentangan dengannya dalam Jadual itu.

(4) Yang di-Pertuan Besar boleh dari semasa ke semasa meminda, memotong daripada, atau menambah kepada, Jadual itu.

(5) Jika berlaku sebarang kekeliruan atau kekaburan dalam memberi erti sesuatu perkataan maka adalah menjadi budi bicara Mahkamah yang membicarakan kes ini untuk memberi takrifan kepada perkataan dan ungkapan sedemikian itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.