ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 104. Soalan lucah dan bersifat skandal.

Mahkamah boleh melarang apa-apa soalan atau pertanyaan yang disifatkan sebagai lucah atau bersifat skandal, walaupun soalan atau pertanyaan itu mungkin ada hubungan dengan soalan-soalan yang ada di hadapan Mahkamah, melainkan jika soalan atau pertanyaan itu berhubungan dengan fakta-fakta persoalan atau dengan perkara-perkara yang perlu diketahui untuk menentukan sama ada fakta-fakta persoalan itu wujud atau tidak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.