ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB 5 - KETERANGAN DOKUMENTAR



Seksyen 49. Keterangan Primer.

Keterangan primer ertinya dokumen asal yang dikemukakan untuk pemeriksaan Mahkamah.

Huraian 1- Di mana sesuatu dokumen disempurnakan dengan beberapa naskhah, maka tiap-tiap satu naskhah itu adalah keterangan primer bagi dokumen itu.

Di mana sesuatu dokumen disempurnakan dengan naskhah bertimbal dan tiap-tiap satu naskhah bertimbal itu disempurnakan oleh satu atau beberapa pihak sahaja, maka tiap-tiap satu naskhah bertimbal itu adalah keterangan primer terhadap pihak yang menyempurnakan itu.

Huraian 2 - Jika beberapa dokumen adalah semuanya dibuat dengan satu proses yang seragam seperti dalam hal cetakan, lithograf atau gambarfoto tiap-tiap satunya adalah keterangan primer mengenai kandungan yang lainnya itu, akan tetapi jika dokumen itu adalah semuanya salinan daripada satu naskhah asal maka dokumen itu tidaklah menjadi keterangan primer mengenai kandungan naskhah asal.

Huraian 3 - Sesuatu dokumen yang dibuat oleh komputer adalah keterangan primer.

MISALAN

Seseorang adalah dibuktikan sebagai telah ada di dalam miliknya beberapa pelekat, kesemuanya
dicetak pada satu masa daripada satu naskah asal. Mana-mana satu daripada pelekat itu adalah keterangan primer mengenai kandungan mana-mana satu yang lain itu, akan tetapi tiadalah satu pun daripadanya menjadi keterangan primer mengenai kandungan naskhah itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.