ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979
BAHAGIAN X - AM
Seksyen 123. Kuasa tambahan.
Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh, melalui pemberitahu dalam
Warta
, membuat peraturan bagi maksud Enakmen ini dan tanpa menyentuh keluasan kuasa yang tesebut itu, peraturan itu boleh mengadakan peruntukan bagi-
(
a
) menetapkan cara bagaiman Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk hendaklah menjalankan kuasa-kuasa yang diberi kepada mereka oleh Enakmen ini;
(
b
)
bentuk Daftar Pusat, Daftar Daerah dan cara bagaimana yang demikian dikehendaki disimpan;
(
c
)
membekal dan menyimpan dengan selamat Daftar Pusat dan Daftar Daerah, borang-borang dan segala ikrar yang dibuat bagi maksud Enakmen ini;
(
d
)
menyedia dan mengemukakan penyata-penyata pernikahan, perceraian dan rujuk yang didaftarkan di bawah Enakmen ini;
(
e
)
bentuk apa-apa perakuan, notis atau lain-lain dokumen yang dikehendaki bagi maksud melaksanakan peruntukan Enakmen ini;
(
f
)
membuat carian, cabutan dan memberi salinan yang diperakui;
(
g
)
menetapkan bayaran yang boleh dikenakan bagi maksud Enakmen ini;
(
h
)
hukuman kerana melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Enakmen ini; dan
(
i)
lain-lain perkara bagi maksud melaksanakan peruntukan Enakmen ini.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.