ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN
Darihal keterangan palsu dan kesalahan-kesalahan terhadap keadilan awam



Seksyen 85. Mengeluarkan atau menandatangani perakuan palsu.

Mana-mana orang yang mengeluarkan atau menandatangani sesuatu perakuan yang dikehendaki di sisi undang-undang supaya diberi atau ditandatangani, atau yang berhubung dengan apa-apa fakta yang mengenainya perakuan itu boleh di sisi undang-undang diterima sebagai keterangan dengan mengetahui atau mempercayai bahawa perakuan itu adalah palsu tentang mana-mana perkara yang material, hendaklah dihukum sama seperti seolah-olah ia telah memberi keterangan palsu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.