ENAKMEN 6 TAHUN 1985
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1985

BAHAGIAN IV - PERATURAN AM



Seksyen 31. Perlindungan Pegawai Kehakiman.

(1) Kadi atau orang yang lain yang bertindak dengan kehakiman tidak boleh didakwa dalam mana-mana Mahkamah sivil kerana apa jua perbuatan yang dilakukannya atau diperintahkannya untuk dilakukan dalam pelepasan kewajipan kehakiman, sama ada di dalam hak bidangkuasanya atau tidak, dan tiada apa jua perintah kos boleh dikenakan terhadapnya, dengan syarat bahawa pada masa itu dengan suci hati ianya mempercayai kepunyaan bidangkuasa untuk berbuat sedemikian atau untuk memerintahkannya perbuatan yang diadukan itu.

(2) Pegawai Mahkamah atau orang lain yang terikat untuk melaksanakan mana-mana waran atau perintah sah Mahkamah atau orang lain yang bertindak dengan kehakiman tidak boleh didakwa dalam mana-mana Mahkamah sivil kerana perlaksanaan mana-mana waran atau perintah yang ianya terikat untuk melaksanakannya jika waran atau perintah tersebut adalah di dalam bidangkuasa orang yang mengeluarkannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.