ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDUAAN
BAB XI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM DENGAN PENYIASATAN DAN PEMBICARAAN



Seksyen 113. Menahan pesalah-pesalah yang hadir di Mahkamah.


(1) Mana-mana orang yang menghadiri sesebuah Mahkamah Jenayah sungguhpun ianya tiada ditangkap disaman, bolehlah ditahan oleh Mahkamah bagi dan memeriksa sebarang kesalahan yang mana Mahkamah itu boleh membicarakan dan daripada keterangan yang diberi dia didapati melakukan kesalahan itu dan Mahkamah itu bolehlah menjalankan terhadapnya seolah-olah dia telah ditangkap dan disaman.

(2) Apabila penahanan itu berlaku selepas suatu pembicaraan telah dimulakan, maka pembicaraan terhadap orang itu hendaklah dimulakan semula secara baru dan keterangan daripada saksi-saksi didengar semula.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.