ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 2002
BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Pernyataan yang dibuat di bawah Hal Keadaan Khas
Seksyen 26. Pernyataan tentang mana-mana undang-undang yang terkandung dalam buku undang-undang ialah qarinah.
Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang undang-undang mana-mana negara, apa-apa pun pernyataan mengenai undang-undang itu yang terkandung dalam sesuatu buku yang berupa sebagai dicetak atau diterbitkan dengan kuasa Kerajaan negara itu, dan mengandungi mana-mana undang-undang sedemikian, dan apa-apa laporan mengenai sesuatu keputusan mahkamah negara itu yang terkandung dalam buku yang berupa sebagai laporan mengenai keputusan itu, ialah
qarinah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.