ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN VIII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 143. Kehadiran di Mesjid.

Mana-mana lelaki yang akil-baligh tidak menunaikan sembahyang Jumaat di Mesjid kawasannya tiga kali berturut-turut dengan tiada keuzuran Syar'i dan dengan tiada sebab-sebab yang menasabah adalah melakukan kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak lebih daripada satu ratus ringgit atau penjara selama tidak lebih daripada lima belas hari atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.