ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN VII - KESALAHAN



Seksyen 126. Mengaku wali.

Seseorang yang mengaku dirinya sebagai wali atau berlagak atau mengeluarkan kata-kata atau mengaku bahawa dia mengetahui kejadian-kejadian ghaib dengan menunjukkan gaya sebagai wali, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.