ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB IX - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 89. Jika diragui kesalahan apakah yang telah dilakukan.

Jika suatu perbuatan tunggal atau siri perbuatan-perbuatan adalah sedemikian rupa sehingga terdapat keraguan yang fakta-fakta yang dapat dibuktikan itu akan menjadi yang mana satu di antara beberapa kesalahan, maka tertuduh itu boleh dipertuduhkan melakukan kesemua atau mana-mana kesalahan itu, dan apa-apa bilangan pertuduhan itu boleh dibicarakan bersekali, atau dia boleh dipertuduhkan secara alternatif melakukan mana-mana satu daripada kesalahan tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.