ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB V
Waran Geledah



Seksyen 47. Bentuk waran geledah.

(1) Tiap-tiap waran geledah yang dikeluarkan oleh sesuatu Mahkamah di bawah Kanun ini hendaklah secara tulis dalam Borang 4 dalam Jadual dan ditandatangani oleh Hakim dan hendaklah mengandungi meterai Mahkamah.

(2) Tiap-tiap waran tersebut hendaklah berkuatkuasa sehingga beberapa hari yang munasabah yang akan ditetapkan dalam waran itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.