ENAKMEN 6 TAHUN 1993
ENAKMEN ZAKAT DAN FITRAH 1993

BAHAGIAN IX - KESALAHAN DAN PENALTI



Seksyen 69. Zakat dsb. yang kena dibayar tanpa mengira permulaan prosiding.

Permulaan prosiding atau pengenaan sesuatu penalti, atau penalti khas, denda atau tempoh pemenjaraan di bawah Enakmen ini tidaklah boleh melepaskan mana-mana orang daripada tanggungan membayar apa-apa zakat (atau apa-apa penalti yang disifatkan di bawah mana-mana Bahagian lain sebagai zakat yang kena dibayar di bawah Enakmen ini) atau apa-apa hutang atau lain-lain jumlah wang yang kerananya dia kena atau mungkin kena bayar atau daripada tanggungjawab untuk membuat apa-apa penyata yang dia dikehendaki oleh Enakmen ini supaya membuatnya




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.