ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
Bab II - MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH



Seksyen 10. Orang awam dikehendaki memberi maklumat atas perkara-perkara yang tertentu.

Tiap-tiap orang yang mengetahui berkenaan dengan berlakunya atau kemungkinan mana-mana juga orang lain melakukan sebarang kesalahan yang boleh dihukum di bawah Enakmen ini, Enakmen Keluarga Islam 1979, Enakmen Mahkamah Syariah 1983, Undang-undang Pentadbiran Agama Islam 1962 dan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1988 hendaklah, kecuali atas sebab-sebab yang munasabah yang mana beban membuktikannya itu adalah tertanggung padanya, dengan segeranya memberitahu maklumat itu kepada Penyelia Agama, Pegawai Masjid, Pegawai Polis, Penghulu atau Guru Agama yang bertauliah yang berdekatan mengenai perkara yang berlaku atau yang mungkin berlaku itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.