ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran.

(1) Dalam Enakmen ini, melainkan konteksnya menghendaki makna yang lain-

"ahli kariah" berhubung dengan suatu kariah masjid, ertinya seseorang yang tinggal tetap atau pada lazimnya tinggal dalam kariah masjid itu;

"Baitulmal" ertinya Baitulmal yang ditubuhkan di bawah seksyen 55 (1);

"Hakim Mahkamah Rayuan Syariah" ertinya Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang dilantik di bawah seksyen 37 (1);

"Hakim Mahkamah Rendah Syariah" ertinya Hakim Mahkamah Rendah Syariah yang dilantik di bawah seksyen 39 (1);

"Hakim Mahkamah Tinggi Syariah" ertinya Hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang dilantik di bawah seksyen 37 (1);

"Hudud" ertinya hukuman yang ditetapkan oleh Al-Quran atau Hadith;

"Hukum Syarak" ertinya Undang-undang Islam dalam mana-mana Mazhab yang diiktiraf;

"Jawatankuasa Kariah" ertinya Jawatankuasa Kariah yang ditubuhkan di bawah seksyen 80 (1);

"Imam" ertinya Imam yang dilantik di bawah seksyen 76 (1);

"kariah masjid" berhubung dengan masjid ertinya kawasan di mana masjid itu berada yang mana sempadannya ditentukan di bawah seksyen 75 (1);

"Ketua Hakim Syarie" ertinya Ketua Hakim Syarie yang dilantik di bawah seksyen 37 (1);

"Ketua Pendakwa Syarie" ertinya pegawai yang dilantik di bawah seksyen 53 (1);

"Mahkamah" ertinya Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, atau Mahkamah Rayuan Syariah setakat mana yang berkenaan, yang ditubuhkan di bawah seksyen 36;

"Majlis" ertinya Majlis Agama Islam Negeri Sembilan yang ditubuhkan di bawah seksyen 4;

"masjid" ertinya satu bangunan yang digunakan bagi sembahyang Jumaat dan sembahyang-sembahyang lain dan kegiatan-kegiatan lain yang berkaitan, yang diluluskan oleh Majlis;

"Mufti" ertinya orang yang dilantik menjadi Mufti bagi Negeri Sembilan mengikut seksyen 28 (1);

"Negeri" ertinya Negeri Sembilan;

"Pegawai Masjid" ertinya Imam, Bilal dan Siak bagi sesuatu masjid yang dilantik di bawah seksyen 76 (1);

"Pegawai Penguatkuasa Agama" ertinya pegawai yang dilantik di bawah seksyen 53 (4) dan termasuklah Penolong Pegawai Penguatkuasa Agama;

"Peguam Syarie" ertinya seseorang yang dilantik sebagai Peguam Syarie di bawah seksyen 54 (1);

"Pengerusi" ertinya Pengerusi Majlis;

"Saudara Baru" ertinya seseorang yang baru memeluk Agama Islam;

"Setiausaha" ertinya Setiausaha Majlis yang dilantik di bawah seksyen 11;

"seseorang Islam" ertinya----
"Warta" ertinya Warta Kerajaan Negeri Sembilan.

(2) Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini dan yang tidak ditakrifkan di dalamnya tetapi ditakrifkan dalam Akta-Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388] yang mana sesuai hendaklah mempunyai erti yang diberi kepadanya masing-masing setakat erti sedemikian tidak bercanggah dengan Hukum Syarak.

(3) Bagi mengelakkan keraguan berkenaan sifat atau tafsiran perkataan atau ungkapan yang digunakan di dalam Enakmen ini yang disenaraikan di dalam Jadual, rujukan bolehlah dibuat kepada tulisan Arab bagi perkataan dan ungkapan itu yang ditunjukkan bertentangan dengannya dalam Jadual itu.

(4) Yang di-Pertuan Besar boleh dari masa ke masa meminda, memotong daripada atau menambah kepada Jadual itu.

(5) Jika timbul sebarang kekeliruan atau kekaburan dalam memberi takrif sesuatu perkataan atau ungkapan berkaitan dengan Hukum Syarak, maka adalah menjadi budibicara mahkamah untuk menentukan takrif perkataan dan ungkapan tersebut.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.