ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN VII
BAB XXVII
Perkara Am



Seksyen 213. Enggan menjawab soalan pengkhidmat awam yang berkuasa menyoal.

Barang siapa yang terpaksa di sisi undang-undang supaya menyatakan hal sebenarnya mengenai suatu perkara kepada seseorang pengkhidmat awam, enggan menjawab apa-apa soalan yang dia diminta menjawabnya mengenai perkara itu oleh pengkhidmat awam itu, pada menjalankan kuasa undang-undang pengkhidmat awam itu, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan, atau denda tidak melebihi dua ribu ringgit, atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.