ENAKMEN 6 TAHUN 1993
ENAKMEN ZAKAT DAN FITRAH 1993

BAHAGIAN VI - TAKSIRAN DAN RAYUAN
BAB I - TAKSIRAN



Seksyen 42. Notis taksiran.

(1) Dengan seberapa segera yang boleh selepas taksiran telah dibuat, Setiausaha hendaklah menyebabkan suatu notis taksiran disampaikan kepada orang yang berkenaan dengannya taksiran itu dibuat.

(2) Jika zakat yang dikenakan di bawah suatu taksiran dinaikkan atas rayuan kepada Pesuruhjaya Khas suatu Mahkamah, maka, dengan seberapa segera selepas rayuan itu diputuskan suatu notis taksiran tambahan hendaklah disampaikan kepada orang yang berkenaan dengannya taksiran itu telah dibuat.

(3) Jika suatu taksiran dibuat ke atas seseorang yang dilantik di bawah seksyen 23 sebagai agen kepada seorang yang boleh dikenakan zakat, apa-apa notis yang hendak disampaikan di bawah subseksyen (1) atau (2) hendaklah disampaikan kepada kedua agen dan orang yang boleh dikenakan zakat itu.

(4) Suatu notis yang disampaikan di bawah subseksyen (1) atau (2) hendaklah seperti dalam borang yang ditetapkan dan hendaklah menunjukkan, selain dari apa-apa bahan lain yang dimasukkan ke dalamnya-





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.