ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
Bab XIII - DARIHAL KEPUTUSAN



Seksyen 123. Keputusan tidak boleh diubah.

Mahkamah tidaklah boleh, setelah merekodkan keputusannya, mengubah atau menyemak kembali perkara yang sama :

Dengan syarat bahawa suatu kesilapan menulis, (kesilapan pengkeranian) boleh diperbaiki pada bila-bila masa, dan bahawa kesilapan-kesilapan yang lain boleh diperbaiki pada bila-bila masa sebelum Mahkamah menamatkan pembicaraan pada hari itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.