ENAKMEN 15 TAHUN 1992
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1992

BAHAGIAN IX - PENALTI



Seksyen 147. Wasiat tidak sah.

(1) Sesiapa dengan sengaja melaksanakan apa-apa wasiat yang tidak sah adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

(2) Mahkamah hendaklah membatalkan wasiat tersebut setakat mana yang bertentangan dengan Hukum Syarak dan memerintahkan apa-apa perintah yang difikirkan patut oleh Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.