ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXVI
Darihal Salah Aturan dalam Perbicaraan



Seksyen 205. Ketiadaan rangkaan pertuduhan.

(1) Tiada sesuatu keputusan atau hukuman yang dinyatakan atau diberikan boleh disifatkan tidak sah hanya atas alasan bahawa tidak ada pertuduhan dirangkakan kecuali jika ada pendapat Mahkamah Tinggi Syariah, ketidakadilan telah timbul darinya.

(2) Jika Mahkamah Tinggi Syariah berpendapat yang ketidakadilan telah wujud dengan ketiadaan rangka pertuduhan Mahkamah hendaklah mengarahkan supaya perbicaraan baru diadakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.