ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN V - KEWANGAN



Seksyen 78. Harta wakaf dan nazar.

Dengan seberapa segera yang boleh selepas 31 haribulan Disember setiap tahun, Majlis hendaklah menyediakan, mengeluarkan dan menyiarkan dalam Warta satu senarai yang telah diaudit semua harta, pelaburan dan aset yang terletak hak pada Majlis tertakluk kepada mana-mana amanah, wakaf atau nazar, dan yang tidak menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Khairat Am.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.