ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN IV - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA MEREKA UNTUK MENYIASAT



Seksyen 58. Kuasa menghendaki kehadiran saksi.

(1) Seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama yang membuat penyiasatan di bawah Bab ini boleh, dengan perintah bertulis, menghendaki kehadiran di hadapannya mana-mana orang yang berada di dalam Negeri Pulau Pinang di mana dia membuat penyiasatan yang daripada maklumat yang diberi atau selainnya, nampaknya mengetahui akan hal keadaan berkaitan dengan kes itu, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki.

(2) Jika mana-mana orang yang tersebut enggan hadir sebagaimana yang dikehendaki, Pegawai Penguatkuasa Agama itu boleh melaporkan keengganan itu kepada seorang Hakim yang kemudiannya Hakim itu boleh menurut budicaranya mengeluarkan suatu waran tangkap untuk menjamin kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah yang tersebul di atas.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.