ENAKMEN 5 TAHUN 1990
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1990

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 4. Pemakaian.

(1) Kecuali sebagaimana diperuntukkan dengan nyata sebaliknya, Enakmen ini hendaklah dipakai bagi semua orang yang beragama Islam dan yang murtad yang bermukim dalam negeri ini atau yang bermastautin di dalam negeri ini tetapi bermukim di luar negeri ini.

(2) Kecuali sebagaimana diperuntukkan dengan nyata sebaliknya, Enakmen ini hendaklah dipakai bagi kitabiah yang bersuamikan seorang yang tersebut di dalam subseksyen (1) selagi kitabiah itu seorang yang bermukim atau bermastautin dalam negeri ini.

(3) Tiap-tiap keputusan atau hukuman mengikut Hukum Syarak sebagaimana yang diisyaratkan di dalam Enakmen ini hendaklah berdasarkan di atas Qaul yang Rajih dalam Mazhab Imam Shafie melainkan yang diperuntukkan di dalam Enakmen ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawah Enakmen ini dari semasa ke semasa.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.