ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1991

BAHAGIAN V - NAZIR SEKOLAH AGAMA ISLAM



Seksyen 19. Lembaga pengurusan, guru dan pekerja hendaklah membantu Nazir Sekolah.

(1) Mana-mana ahli Lembaga itu, guru atau pekerja Sekolah Agama Islam hendaklah memberikan setiap kemudahan yang ada kepada mana-mana Nazir Sekolah Agama Islam atau mana-mana orang yang diberi kuasa untuk membuat sebarang pemeriksaan, dan hendaklah memberikan semua maklumat dan menunjukkan semua buku, akaun dan dokumen lain yang mungkin dikehendaki.

(2) Mana-mana orang yang tidak mematuhi mana-mana peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.