ENAKMEN 6 TAHUN 1993
ENAKMEN ZAKAT DAN FITRAH 1993

BAHAGIAN IX - KESALAHAN DAN PENALTI



Seksyen 59. Penyata tak betul.

(1) Mana-mana orang yang-

adalah, melainkan jika dia memuaskan hati Mahkamah bahawa penyata tak betul atau maklumat tak betul itu telah dibuat atau diberi dengan suci hati, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali dan hendaklah membayar satu penalti khas sebanyak dua kali ganda daripada amaun zakat yang telah kurang dinyatakan oleh sebab penyata tak betul atau maklumat tak betul.

(2) Jika seseorang-

maka, jika tiada pendakwaan di bawah subseksyen (1) telah dimulakan berkenaan dengan penyata tak betul atau maklumat tak betul, Setiausaha boleh menghendaki orang itu supaya membayar penalti yang sama banyak dengan amaun zakat yang telah kurang dinyatakan itu oleh sebab penyata tak betul atau maklumat tak betul atau yang tetap akan kurang dinyatakan jika penyata atau maklumat itu telah diterima sebagai betul; dan, jika orang itu membayar penalti itu dia tidaklah boleh dipertuduh berasaskan fakta-fakta yang sama dengan kesalahan di bawah subseksyen (1).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.