ORDINAN 5 TAHUN 1991
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Penjagaan ke atas Orang dan Harta



Seksyen 102. Perintah khas mengenai harta kecil.

(1) Jika memandang kepada taraf kehidupan kanak-kanak itu dan kepada kes yang berkenaan adalah didapati bermanfaat dan nilai hartanya dan juga kepada hal keadaan kes supaya harta modal kanak-kanak itu digunakan bagi menanggung nafkah, pembelajaran, atau kemajuannya dengan cara yang boleh mengelakkan perbelanjaan supaya membuat permohonan kepada Mahkamah, maka Mahkamah, sebagai ganti daripada melantik seorang penjaga bagi harta ganti daripada melantik seorang penjaga bagi harta kanak-kanak itu, boleh memerintahkan supaya segala harta kanak-kanak itu, dari apa jua jenis pun, diletakkan dalam tangan seseorang yang akan dilantik oleh Mahkamah, dengan kuasa penuh untuk membuat apa-apa urusan dan untuk menggunakan harta itu bagi maksud yang tersebut di atas menurut budi bicaranya sendiri bebas dari apa-apa kawalan; dan dalam hal yang demikian resit dari orang yang dilantik itu adalah menjadi akuan penyelesaian yang sewajarnya bagi sesiapa jua yang membuat apa-apa pembayaran atau pindahmilik apa-apa harta kepadanya bagi pihak kanak-kanak itu.

(2) Seseorang yang dilantik di bawah subseksyen (1) boleh diperintahkan oleh Mahkamah supaya mengemukakan suatu laporan mengenai urusan-urusan yang dibuat olehnya mengenai harta kanak-kanak itu.

(3) Mahkamah boleh, kerana sesuatu sebab yang memadai, membatalkan apa-apa perintah, atau memansuhkan apa-apa perlantikan, yang dibuat di bawah subseksyen (1), dan boleh melantik seorang lain dengan memberi kepadanya kuasa yang sama atau apa-apa kuasa yang lebih besar atau lebih kecil yang difikirkannya patut, atau boleh melantik seorang penjaga bagi harta kanak-kanak itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.