ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
Bab XXI - DARIHAL JAMINAN



Seksyen 173. Orang hendak dilepaskan.

(1) Sebaik sahaja bon telah dilaksanakan orang yang berkenaan hendaklah dilepaskan dan apabila dia ditahan di Penjara Mahkamah yang memberi jaminan itu hendaklah mengeluarkan perintah pembebasan kepada Penguasa Penjara dan pegawai itu, apabila dia menerima perintah itu, hendaklah melepaskan orang itu serta-merta.

(2) Tiada apapun yang disebut di dalam seksyen ini atau seksyen 170 boleh disifatkan menghendaki seseorang itu dilepaskan jika orang itu boleh ditahan mengenai satu perkara lain dari perkara yang mengenainya bon itu dilaksanakan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.