ORDINAN 41 TAHUN 2001
ORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001

BAHAGIAN IX - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KEWANGAN



Seksyen 71. Anggaran pendapatan dan perbelanjaan.

(1) Majlis hendaklah menyedia dan mengemukakan kepada Menteri tidak lewat daripada 31 haribulan Oktober dalam setiap tahun anggaran kesemua pendapatan dan perbelanjaan Baitulmal, termasuk di dalamnya anggaran segala harta dan barang boleh lupus, berkenaan dengan tahun yang berikutnya.

(2) Menteri boleh meluluskan anggaran-anggaran itu atau boleh mengarahkan supaya anggaran-anggaran itu dipinda.

(3) Majlis boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada Menteri anggaran perbelanjaan tambahan Baitulmal berkenaan dengan tahun semasa, atau, pada bila-bila masa sebelum 31 haribulan Mac dalam mana-mana tahun, berkenaan dengan tahun yang sebelumnya, dan anggaran perbelanjaan tambahan itu boleh diluluskan atau dipinda mengikut subseksyen (2).

(4) Tiada wang Baitulmal boleh dibelanjakan, atau harta dilupuskan dalam bentuk barang, kecuali mengikut apa-apa anggaran yang diperuntukkan dalam seksyen ini dan dengan berdasarkan baucer yang ditandatangani oleh mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Majlis bagi maksud itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.